My World

Monday, August 9, 2010

Sambungan Qimulail


Malam Qiamulail tue pelbagai kejadian berlaku. Di mana aku sempat bersiram dan sauna di True Fitness. Selepas itu aku terus ke opis ku untuk mengerjakan Solat Fardhu Maghrib berjemaah.

Selepas selesai solat aku merasakan yang diriku ini bahang dan panas. Aku rasakan yang aku demam kembali. Kali in lagi teruk di mana aku berasa panas bila mendengar ustaz jemputan bertazkirah dan solat Isyak. Badanku menjadi2 panasnya hinggakan muka ku merah padam.

Dalam ketika itu aku berasa cemas. Aku bernekad untuk berjumpa dengan ustaz agar ustaz boleh merawatiku dengan bantuan dari-Nya. Setelah menunggu sekian lama. barulah segala urusan selesai dalam pukul 10.30pm dan aku bergegas mendapatkan ustaz dan mecerikan perihal keadaan aku.

Aku meminta agar ustaz merawatiku kerana aku kerap demam panas dikala malam dan badanku sejuk tetapi didalam panas.Aku dapat merasakan yang aku bukanlah demam biasa. Segala sangkaan aku ada benar bila ustaz cuba merawati aku.

Diwaktu Ustaz merawati aku, aku berasa sakit teramat sangat dan cuba untuk menghentikan proses rawatan tersebut. Akan tetapi Ustaz ingkar dan merawati ku lagi. Aku muntah2 dalam proses rawatan itu dan ustaz kerap mengulangi ritualnya terhadap aku. Akhirnya aku merasakan bagai ingin pengsan.

Rawatan habis lebih kurang dalam sejam setengah. Akan tetapi badanku tetap panas dan adala berkurangan sedikit. Malam tersebut aku dinasihatkan bermalam di opis bimbang terjadi perkara yang tidak di ingini.

Malam itu aku tidak dapat tidur. Perasaan bimbang, takut, sakit dan segalanya menghantuiku. Aku cuba melelapkan mata akan tetapi aku berasa amat sejuk sangat walaupun tidak memasang aircond. Dalam keadaan begitu aku tidak henti-henti berpohon pada-Nya agar pulihkan kesihatan ku dan lama kelamaan aku dapat juga melelapkan mata.

Kesudahannya aku tidak mengikuti program Qiamulail dan sebgainya gara-gara keadaan aku yang gering. hahahha...

Itula cerita pada hari Qiamulail tersebut....

No comments:

Post a Comment